Thursday, July 05, 2007

Putera Sulung

Nama diberi amat bererti
Moga besarmu menjadi pejuang
Pejuang berjiwa agung penuh iman
Akal budi dan akhlak terpuji
Minda yang bijak penuh ilmu

Sejak kecil sangat peka
Keadaan sekeliling mahu dikawal
Kekadang menimbulkan kecoh
Tapi semuanya atas asas kebenaran

Putera Sulung ku
Ayuh terus belajar dan hidup
Penuh Azzam membina dan terbilang

No comments:

Post a Comment