Hari ketiga di Istanbul bermula dengan rancangan untuk melawat 'Dolmabahce Palace' tetapi ketika di dalam perjalanan tram ke sana, kami lihat cuaca begitu indah sekali. Maka sebaik sahaja melintasi jambatan Galata (ini adalah tempat stadium pasukan bolasepak Galatasaray yang terkenal di Eropah), kami turun dari tram lantas berjalan melintasi jambatan Galata. Di sepanjang jambatan Galata, kelihatan puluhan, malah mungkin ratusan anak muda yang sibuk memancing di situ. Sempat juga anak-anak bergambar dengan ikan-ikan hasil pancingan yang masih hidup.
Selesai menyeberangi selat Bhosporus, kami tiba di kawasan jeti yang sibuk dengan feri-feri ke merata destinasi. Secara kebetulan ada sebuah feri 'cruise' yang hendak memulakan perjalanan membawa pelancong ke selat Bosphorus dan kami menjadi kumpulan yang terakhir menaikinya. Sebaik sahaja mendapat tempat duduk di dek bahagian atas, feri berlayar. Indah sekali pemandangan kota Istanbul dari laut.
Keseluruhan perjalanan di atas feri tersebut mengambil masa kira-kira 3 jam dan kami berpeluang berhenti di seberang Asia kota Istanbul untuk makan tengahari. Makan tengahari berupa kebab dan minuman ringan. Selepas makan, kami menaiki bot semula untuk kembali ke kawasan Galata.
Dari sana kami segera ke "New Mosque", untuk bersolat Zohor, tetapi kami tidak berpeluang kerana tiada tempat sesuai untuk berwuduk bagi wanita.
Oleh itu kami membuat keputusan untuk ke Masjid Sulaymeni. Dalam perjalanan yang agak mendaki ke sana, kami berhenti solat di sebuah masjid kecil yang sangat cantik. Dari situ kami terus ke Masjid Sulaymeni dan sempat solat Asar berjemaah di sana.
Dalam perjalanan balik, kami singgah di Grand bazaar, makan borek yang sangat sedap dan kemudian menaiki tram ke Taksim Square.
Penat....penat...penat....berjalan seharian.....
No comments:
Post a Comment