Sunday, October 25, 2009

25 jam sehari...

Hari ini, 25 October 2009 pelik sedikit kerana ada 25 jam dalam hari ini. Sebenarnya, waktu di London (UK) ditukar dari GMT ke GMT+1 pada sekitar bulan Mac untuk 'daylight saving' dan pada hari ini waktu ditukar semula kepada GMT. Apa yang berlaku adalah pada jam 1.00 am tadi, waktu di seluruh UK di tukar kembali kepada 12.00 am. Itu sahaja (sebelum aku mendapat soalan cepumas, untuk pengetahuan semua, jam-jam di rumah kenalah ditukar sendiri).

Jadi pagi ini, kami sekeluarga bangun lebih awal dari biasa kerana waktu solat subuh tetap sama. Malah semua waktu-waktu solat yang mengikut peredaran matahari kini awal satu jam. Kalau semalam subuh jam 5.51 pagi, hari ini 4.51 pagi; begitu juga waktu matahari terbit kini 6.41 pagi bukan lagi 7.41 pagi. Kesannya lebih terasa pada waktu-waktu solat yang lain dengan zuhr kini sebelum jam 12 tengahari dan maghrib pula sebelum jam 5 petang.

Satu lagi kesan yang terasa ada perbezaan waktu di antara UK dan Malaysia kini tidak lagi 7 jam, sebaliknya 8 jam.

Selain dari itu, tidak ada perbezaan lain. Waktu persekolahan dan waktu pejabat tetap mengikut waktu jam. Begitu juga jadual perjalanan perkhidmatan awam seperti bas, keretapi dan kapalterbang. Secara teorinya, cuma 'betulkan' jam anda dan perkara-perkara lain tidak berubah.

No comments:

Post a Comment