Saturday, October 24, 2009

Colours of our lives

'Musim Luruh' biasa dikaitkan dengan jalan-jalan yang dipenuhi daun-daun kering yang berguguran and pokok-pokok yang hanya tinggal ranting. Sebenarnya, itu hanyalah kesan terakhir perubahan cuaca dari musim panas kepada musim luruh. Memang daun-daun yang berguguran ini satu lambang unik musim luruh, tetapi sebenarnya pengalaman mengharung daun-daun kering ini tidaklah begitu unik bagi aku. Semasa kecil, pengalaman bermain di celah-celah pokok getah di kampung tak banyak bezanya :)


Berbalik kepada musim luruh, lebih menarik dan indah adalah perubahan warna daun-daun sebelum jatuh berguguran. Bergantung kepada jenis pokok, kebanyakan daun-daun hijau akan berubah menjadi kuning, merah, jingga dan sebagainya sebelum akhirnya kering keperangan sedia untuk luruh. Cantik....Subhanallah.....





Halaman belakang rumah kami juga tidak terkecuali dengan perubahan warna ini. Selain dari daun-daun yang berselerakan di atas rumput, kesemua pokok juga mula berubah warna. Dari warna hijau yang pelbagai, pokok-pokok di belakang rumah sudah berwarna kuning, ungu kemerahan...malah ada yang hampir habis kesemua daun-daunnya berguguran.


































No comments:

Post a Comment