sambung cerita London....
sebenarnya 1st year aku jadi macam tu memang aku sendiri carik. Bila dapat offer dari universiti, orang lain sibuk apply hall laa, itu laa, ini laa... aku lepak je, in fact aku bagitau bapak aku, aku nak tough it out - tak nak tinggal kat hall - nak cari rumah sendiri, nak belajar berdikari, banyak pengalaman boleh dapat. lagipun aku dah malas hidup kat hostel ni.
ambik engkau - sampai tak terlarat; nyaris aku terbabas. camanapun, aku bersyukur dan pikir-pikir balik, memang aku tak nak buat cam lain pun. dalam penat, susah, payah, merempat, pening kepala, tenggelam punca, aku belajar erti hidup. aku belajar erti persahabatan, aku kenal sapa kawan sapa member je, aku kenal dunia ni. aku rasa perspektif aku banyak berubah lepas tu. Yang paling penting, aku rasa aku banyak belajar dan kenal diri aku sendiri - siapa aku, apa kelebihan aku, apa kekurangan aku, apa kelemahan aku.
masa tu, yang paling aku risau - study aku laa... dah laa course yang aku ambik tu amat asing - sekali lagi, sendiri carik. aku tak mau buat course yang konvensional. accounting, electrical/electronic, mechanical semua aku tak mau buat - bukan aku menidakkan kepentingannya - lebih pada aku nak cuba benda baru. campur pulak dengan kehidupan yang tak menentu. budak lain pikir assignment, pikir exam; aku pikir mana nak tinggal.... apa plan lepas ni...etc..etc... mana tak risau.
alhamdulillah, dalam kelam kabut hidup nomad tu, results 1st year aku okay - 2.1 kut; aku pun tak sangka. tapi itulaa aku.... ntah camana rezeki aku.... aku selalu lepas. Alhamdulillah.
Tuesday, April 22, 2003
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment