Menarik kalau difikirkan yang sesetengah benda, pergerakannya naik-turun macam lif. Sesetengah pula, ke bawah sahaja, seperti buah durian gugur. Yang satu lagi dan sejak akhir-akhir ini kerap sangat berlaku, memanjang naik sahaja. Harga Petrol Naik LAGI!!!!.
Ini berikutan kenaikan harga minyak di pasaran dunia,; betul juga. Tapi sejak kenaikan pertama beberapa tahun yang lalu, harga minyak di pasaran dunia sudah berganjak jauh samada turun mahupun naik. Tetapi bila harga minyak dunia turun, tidak pula kelihatan "Harga Petrol Turun". Bila harga naik sahaja, maka harga jualan runcit petrol pun naik sama. Bahang peperangan yang kuat dirasai sekarang sememangnya menjana spekulasi kenaikan harga petrol yang sebelum itu sudah mula naik dengan permasalahan perhubungan industri di Venezuela. Sememang sekiranya meletus peperangan di Timur Tengah, harga minyak di pasaran dunia akan terus melambung tinggi. Harga Petrol akan Naik lagi. Sekiranya tidak berlaku peperangan (walaupun ramai yang gatal tangan untuk berperang), tentunya harga minyak akan jatuh. Begitu juga, selepas tamatnya peperangan, tentu juga harga minyak di pasaran dunia akan jatuh. Persoalannya di sini, apakah harga runcit petrol akan turun pada ketika itu?
"Bila agaknya Harga Petrol akan TURUN!"
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment