Tuesday, March 04, 2003

Hari ini Maal Hijrah.



Aku tak perasan hari ni Maal Hijrah.

Kalendar kat rumah aku kata esok.

Tapi aku sepatutnya lebih peka lagi.

Tarikh ni bukan tarikh tahun baru, bukan pula tarikh ulangtahun kelahiran.

Tarikh ni tarikh keramat, tarikh yang sangat bererti bagi ribuan juta umat manusia.

Tarikh yang sangat bererti bagi aku.... tapi aku tak perasan?... sabar je laa....



Apa sebenarnya kepentingan tarikh ini pada aku?

Cuti Umum pun aku tak dapat.

Tarikh ini tarikh istimewa.

Tarikh ini tarikh bersejarah.

Tarikh ini tarikh bertuah.

Tarikh ini tarik pemisah.

Tarikh ini tarikh permulaan.

Tarikh ini tarikh perubahan.

Tarikh ini tarikh Baginda Rasul SAW menempuh era baru dalam dakwah,

era baru dalam perjuangan,

era baru dalam pengabdian.



Apa aku nak buat?

Aku dapat beberapa email mengandungi Doa Akhir dan Awal tahun.

Aku takde azam baru ke?

Aku memang tak pernah ada azam baru ni...

Aku rasa baik kalau dihayati perjuangan Baginda Rasul SAW.

Buku paling baik pernah aku baca tentang perjuangan Baginda.

Ar-Raheeq Al-Makhtum (The Sealed Nectar - manisan yang tertutup kemas?)

Ada lagi buku ini di rak perpustakaan rumahku, walau dah lama tak terselak.

Kalau ada yang bertanya, "Highly Recommended," pandanganku.



Aku ingat lagi, aku menitiskan airmata bila baca kisah Baginda Rasul SAW semasa Peperangan Uhud.

Lepas tu aku selalu fikir pasal perjuangan dan pengorbanan Baginda Rasul SAW

Lepas tu aku selalu ingatkan Allah SWT

Lepas tu aku selalu teringat taknak sesiakan hidup aku, aku taknak sesiakan pengorbanan Baginda SAW

Lepas tu aku ingat lagi

Lepas tu aku ingat juga

Lepas tu aku ingat-ingat lupa

Lepas tu aku kurang ingat

Lepas tu aku kembali ketawa bahagia ceria suka gembira

Lepas tu aku tak ingat dah...



Aku tak ingat dah, kecuali bila aku ditimpa bencana

Aku tak ingat dah, kecuali bila aku berhapadan dengan petaka

Aku tak ingat dah, kecuali bila aku mengharapkan sesuatu

Aku tak ingat dah, kecuali bila anak aku sakit

Aku tak ingat dah, kecuali bila aku terjaga tengah malam teringatkan adik aku

Aku tak ingat dah, kecuali bila aku kecemasan

Aku tak ingat dah.........



Aku nak ingat.

Insya-Allah, aku akan ingat....



01-01-1424



No comments:

Post a Comment